WoRLd TiMe..

Wednesday, April 14, 2010

KENALI JAGUH MSS MELAKA KALI KE-38 2010

Pemenang acara 100m perempuan 12 akhir, meraikan kejayaan mereka.

Pemenang acara Lompat Jauh Perempuan 15 akhir Valarie Tan

' Saya akan mengekalkan kejayaan dalam lompat jauh untuk kejohanan tahun hadapan' kata adik Valarie Tan. Beliau juga menyatakan bahawa akan cuba memperbaiki pencapaiannya dalam acara 100m pada tahun hadapan.


Pemecah rekod acara lempar cakera perempuan bawah 15 akhir
Nur Amalina Bt Ibrahim dari SMK Bandar Penawar.


'Tak sangka boleh pecah rekod...' kata adik Amalina. Pendorong kejayaan gurunya iaitu Sir Leo dan En. Yazid.



Pemenang acara 100m perempuan 15 akhir, Nurul Azreen Bte Azli dari SMK Bandar Penawar .

Pemenang acara 100m perempuan 12 akhir, Naziela Al- Atiq Aljeffry ( dua dari kiri ) dari kawasan Bukit Cina.

'Saya sungguh tak sangka... tahun depan nak menang lagi ' itulah kata-kata yang mampu diluahkan oleh adik Naziela, Ratu Balapan yang telah memenangi 3 acara balapan iaitu acara 100m, 4x100m dan 200m.


Tuesday, April 13, 2010

Majlis Perasmian Kejohanan

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Hj. Yaakob Bin Md Amin, Pengerusi JK Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka

Pasukan Pancaragam Dari SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Pasukan Pembawa Bendera Kejohanan

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat, dari SMK Tinggi Melaka.

Para tetamu kehormat

Selasa , 13 April 2010- Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 38 telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Yaakub B Md Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran , Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka. Antara intipati ucapan beliau ialah semoga Kejohanan MSS Melaka menjadi landasan ke arah perpaduan dan sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi seterusnya membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik, saling berkasih sayang ke arah pencapaian gagasan 1 Malaysia yang dihasratkan oleh kerajaan.

Coretan Kejohanan

En Osman Bin Wahid, Referi Padang
' Sepanjang kejohanan ini, saya sebagai referi padang mendapati kejohanan ini berjalan lancar walaupun masih terdapat beberapa pihak yang tidak dapat menerima keputusan pengadil, tetapi kita telah dapat mengatasi masalah tersebut dengan baik. Selain itu saya juga berharap pada tahun hadapan masalah ini tidak berulang lagi.'


En Chan Owe Shiong, Smk Pay Fong.


' Pada tahun ini SMKJC Pay Fong cuma dapat menghantar seramai 17 orang peserta sahaja, ini disebabkan kerana kekurangan bakat-bakat baru pada tahun ini. Dan harapan saya untuk tahun hadapan kita dapat mencari lebih banyak pelapis yang dapat diasah bakatnya lagi.'

Monday, April 12, 2010

Acara lompat kijang perempuan 15 akhir.

Isnin, 12 April 2010, - Acara lompat kijang perempuan 15 akhir telah dimenangi oleh Nur Haqirah Suhaimi dari Ayer Keroh dengan jarak 10.08m. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Fara Aiza Muhd Fadzlee dari kawasan Ayer Keroh dengan lompatan sejauh 9.96m. Dan diikuti oleh tempat ketiga , Liyana Izzati Othman dari Bukit Cina dengan jarak 8.91m.
Juara acara 110m lari berpagar lelaki 15 akhir.

Isnin, 12 April 2010 , sesi petang- Acara lari berpagar 110m lelaki akhir, telah dimenangi oleh Muhd Salman b Jafri, dari kawasan Ayer Keroh, dengan catatan masa 16.2s. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Badrul Hisyam dari Ayer Keroh dengan catatan 16.9s dan diikuti dengan tempat ketiga Woon Chia Jiunn dari Bukit Cina dengan 18.1s. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Sekitar Kejohanan

Pasukan sorak dari Infant Jesus Convent, melakukan aksi akrobatik yang menarik perhatian penonton.

Aksi menarik yang dilakukan oleh pasukan sorak dari SMK Tinggi Melaka.

Peserta yang sedang kesakitan tetapi masih bersemangat meneruskan acara.

Cara memanaskan badan yang menarik dari para peserta.

Stadium UTeM , yang menjadi gelanggang Kejohanan Balapan Dan Padang MSS ke-38 Melaka.

DISEBALIK TABIR SIDANG EDITOR

Beberapa orang pelajar sedang membantu menyusun peralatan yang digunakan.

Petugas sedang sibuk menyediakan pingat untuk para pemenang.

Antara pelajar yang terlibat dalam unit berita, dari kiri, Abdul Azim , Dzulikram Baharuddin, Khairuddin dan Ridzuan Zamri.

Para petugas di bahagian urusetia sedang sibuk mengatur dan menyusun aturcara majlis bagi majlis perasmian esok.

Pasukan Pancaragam dari STPM terlibat dalam raptai perbarisan.

Para petugas di unit berita sedang sibuk dengan kerja-kerja penerbitan.