WoRLd TiMe..

Wednesday, April 14, 2010

KENALI JAGUH MSS MELAKA KALI KE-38 2010

Pemenang acara 100m perempuan 12 akhir, meraikan kejayaan mereka.

Pemenang acara Lompat Jauh Perempuan 15 akhir Valarie Tan

' Saya akan mengekalkan kejayaan dalam lompat jauh untuk kejohanan tahun hadapan' kata adik Valarie Tan. Beliau juga menyatakan bahawa akan cuba memperbaiki pencapaiannya dalam acara 100m pada tahun hadapan.


Pemecah rekod acara lempar cakera perempuan bawah 15 akhir
Nur Amalina Bt Ibrahim dari SMK Bandar Penawar.


'Tak sangka boleh pecah rekod...' kata adik Amalina. Pendorong kejayaan gurunya iaitu Sir Leo dan En. Yazid.



Pemenang acara 100m perempuan 15 akhir, Nurul Azreen Bte Azli dari SMK Bandar Penawar .

Pemenang acara 100m perempuan 12 akhir, Naziela Al- Atiq Aljeffry ( dua dari kiri ) dari kawasan Bukit Cina.

'Saya sungguh tak sangka... tahun depan nak menang lagi ' itulah kata-kata yang mampu diluahkan oleh adik Naziela, Ratu Balapan yang telah memenangi 3 acara balapan iaitu acara 100m, 4x100m dan 200m.


Tuesday, April 13, 2010

Majlis Perasmian Kejohanan

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Hj. Yaakob Bin Md Amin, Pengerusi JK Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka

Pasukan Pancaragam Dari SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Pasukan Pembawa Bendera Kejohanan

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat, dari SMK Tinggi Melaka.

Para tetamu kehormat

Selasa , 13 April 2010- Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 38 telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Yaakub B Md Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran , Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka. Antara intipati ucapan beliau ialah semoga Kejohanan MSS Melaka menjadi landasan ke arah perpaduan dan sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi seterusnya membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik, saling berkasih sayang ke arah pencapaian gagasan 1 Malaysia yang dihasratkan oleh kerajaan.

Coretan Kejohanan

En Osman Bin Wahid, Referi Padang
' Sepanjang kejohanan ini, saya sebagai referi padang mendapati kejohanan ini berjalan lancar walaupun masih terdapat beberapa pihak yang tidak dapat menerima keputusan pengadil, tetapi kita telah dapat mengatasi masalah tersebut dengan baik. Selain itu saya juga berharap pada tahun hadapan masalah ini tidak berulang lagi.'


En Chan Owe Shiong, Smk Pay Fong.


' Pada tahun ini SMKJC Pay Fong cuma dapat menghantar seramai 17 orang peserta sahaja, ini disebabkan kerana kekurangan bakat-bakat baru pada tahun ini. Dan harapan saya untuk tahun hadapan kita dapat mencari lebih banyak pelapis yang dapat diasah bakatnya lagi.'

Monday, April 12, 2010

Acara lompat kijang perempuan 15 akhir.

Isnin, 12 April 2010, - Acara lompat kijang perempuan 15 akhir telah dimenangi oleh Nur Haqirah Suhaimi dari Ayer Keroh dengan jarak 10.08m. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Fara Aiza Muhd Fadzlee dari kawasan Ayer Keroh dengan lompatan sejauh 9.96m. Dan diikuti oleh tempat ketiga , Liyana Izzati Othman dari Bukit Cina dengan jarak 8.91m.
Juara acara 110m lari berpagar lelaki 15 akhir.

Isnin, 12 April 2010 , sesi petang- Acara lari berpagar 110m lelaki akhir, telah dimenangi oleh Muhd Salman b Jafri, dari kawasan Ayer Keroh, dengan catatan masa 16.2s. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Badrul Hisyam dari Ayer Keroh dengan catatan 16.9s dan diikuti dengan tempat ketiga Woon Chia Jiunn dari Bukit Cina dengan 18.1s. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Sekitar Kejohanan

Pasukan sorak dari Infant Jesus Convent, melakukan aksi akrobatik yang menarik perhatian penonton.

Aksi menarik yang dilakukan oleh pasukan sorak dari SMK Tinggi Melaka.

Peserta yang sedang kesakitan tetapi masih bersemangat meneruskan acara.

Cara memanaskan badan yang menarik dari para peserta.

Stadium UTeM , yang menjadi gelanggang Kejohanan Balapan Dan Padang MSS ke-38 Melaka.

DISEBALIK TABIR SIDANG EDITOR

Beberapa orang pelajar sedang membantu menyusun peralatan yang digunakan.

Petugas sedang sibuk menyediakan pingat untuk para pemenang.

Antara pelajar yang terlibat dalam unit berita, dari kiri, Abdul Azim , Dzulikram Baharuddin, Khairuddin dan Ridzuan Zamri.

Para petugas di bahagian urusetia sedang sibuk mengatur dan menyusun aturcara majlis bagi majlis perasmian esok.

Pasukan Pancaragam dari STPM terlibat dalam raptai perbarisan.

Para petugas di unit berita sedang sibuk dengan kerja-kerja penerbitan.
Acara 3000m perempuan (terbuka)

Isnin, 12 April 2010- Acara 3000m perempuan (terbuka) telah dimenangi oleh Nur Fatiemah Alboharie Abd Salam dari kawasan Ayer Keroh, dengan catatan masa 11:59.1s diikuti dengan pemenang tempat kedua Farah Nadia Sulaiman dari kawasan Bukit Cina, dengan catatan masa 12:56.0s. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Shobanapriya a/p Vasu dari kawasan Tanjong dengan masa 14:01.7s.
Align LeftAksi menarik dari peserta lompat kijang lelaki 18 akhir.

Isnin, 12 April 2010- Acara lompat kijang lelaki akhir 18 tahun telah dimenangi oleh Wee Kai Xiang dari kawasan Ayer Keroh dengan jarak lompatan 12.66m. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Muhammad Adrel Mustapah dari kawasan Bukit Cina , dengan jarak 12.40m dan diikuti oleh tempat ketiga Muhammad Syafiq Bin Seth dari kawasan Alor Gajah dengan jarak 12.35m.
Juara Acara Lompat Tinggi Perempuan 18 Akhir

Isnin, 12 April 2010- Acara lompat tinggi perempuan 18 akhir telah dimenangi oleh peserta dari kawasan Tanjong, Keng Xin Yun dengan catatan lompatan 1.38m.Tempat kedua pula dimenangi oleh Sarvamanggala, dari kawasan Ayer Keroh, dengan lompatan 1.30m manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Gina Ann dari kawasan Bukit Cina dengan lompatan 1.28m.


Bagi acara lompat tinggi perempuan 12 tahun pula telah dimenangi oleh Siti Shifarain bt Mazain dari kawasan Masjid Tanah, dengan lompatan setinggi 1.32m . Tempat kedua pula dimenangi oleh Nur Faezah bt Sulaiman dari kawasan Bukit Cina, dengan lompatan 1.26m manakala Nurul Atiqah bt Abdullah dari kawasan Masjid Tanah., mendapat tempat ketiga dengan lompatan setinggi 1.26m.
Acara Lempar Cakera Lelaki Bawah 12 Akhir

Isnin, 12 April 2010, -Acara melempar cakera lelaki bawah 12 tahun akhir telah dimenangi oleh peserta bernama Samsul Amirul b Samsul Badrin dari kawasan Alor Gajah dengan jarak lemparan sejauh 22.30m. Tempat kedua pula dimenangi oleh peserta bernama Mohd Farhan Hakim Mohd Ropi dari kawasan Masjid Tanah dengan jarak lemparan 22.08m manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Wan Arash Mudhiesh Bin Wan Azman dari kawasan Bukit Cina, dengan jarak 22.07m. Tahniah diucapkan.



Juara acara jalan kaki 10 000m, Vijayan A/L Ravi

Isnin, 12 April 2010- Acara 10 000 meter jalan kaki lelaki 18 tahun akhir telah dimenangi oleh peserta bernama Vijayan a/l Ravi dari kawasan Alor Gajah, dengan catatan masa 1:03.6s. Diikuti dengan pemenang tempat kedua iaitu peserta bernama Mohd Shahrul Hamidie b Othman dari kawasan Masjid Tanah, dengan catatan masa 1:07.5s. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Muhamad Amran b Amrin dari kawasan Jasin dengan catatan masa 1:09.3s.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Acara Lontar Peluru (P -12 akhir)

Isnin, 12 April 2010, Sesi pagi,- Acara lontar peluru perempuan akhir bawah 12 tahun telah dimenangi oleh Siti Zaharah Bt Ahmad Tobias dari kawasan Tanjong, dengan jarak lontaran sejauh 7.64 meter. Manakala tempat kedua pula telah dimenangi oleh peserta bernama Nur Fatihah Bt Kamarul Amran dari kawasan Alor Gajah dengan jarak lontaran sejauh 7.33 meter.Tempat Ketiga pula dimenangi oleh Nur Farah Syafiqah Nazaruddin dari kawasan Bukit Cina dengan jarak lontaran 7.17 meter. Syabas diucapkan kepada para peserta yang berjaya.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS MELAKA

Kejohanan Olahraga MSS Melaka Edisi Ke 38 akan bermula pada 12 hingga 14 April 2010
di Stadium Tertutup Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Sebanyak 7 kontinjen yang akan bertanding iaitu:-
- MSS Kawasan Ayer Keroh
- MSS Kawasan Bukit Cina
- MSS Kawasan Tanjung
- MSS Kawasan Alor Gajah
- MSS Kawasan Jasin
- MSS Kawasan Merlimau
- MSS Kawasan Masjid Tanah